Monday, January 31, 2011

ALEESYA DANIA

Tanggal 24 FEBRUARI 2011 lahirnya seorang puteri yang bernama ALEESYA DANIA...


Gambar-gambar si manja Aleesya...






denganmu aku hidup.....



Denganmu aku hidup
Denganmu aku mati
Hanyalah padamu
hanyalah untukmu
Hidupkan dijalani

Padamu ku berserah
Padamu ku berpasrah
Hanyalah padamu
Hanyalah untukmu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang mengampuni
Engkau yang memaafkan
Engkau Allah

Allahurrahman Allahurrahim
Allahul malikul kuddusussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabbarrul muttaqabbir

Download Mp3 Percuma di http://mp3-source-downloads.blogspot.com/#ixzz1CfEKvRRq

Friday, January 21, 2011

bila cinta beralih arah....




kita seringkali kecewa,tp ape yang paling mengecewakan apabila orang yg kita sayangi mula berpaling tadah....

di sini aku cuba rungkaikan perasaan bagaimana remuknya hati seorang wanita apabila seorang lelaki yg pernah bertakhta di hatinya berpaling tadah....sakit bkn kepalang dan dendam makin memuncak....

sebut psl dendam, pasti itu lah yg tersirat di hati,tanpa mengeluarkan setitik airmata,dendam kemuncak terus bertatih sedikit demi sedikit...tetapi berbaloikah semua nie?

Tetapi, aku jua turut terasa panahannya apabila si wanita ini menceritakan bagaimana layanan yg diberikan si lelaki ini terhadapnya....mengambil berat,sentiasa memberi semangat ketika dia dalam kesusahan,bertanyakan sakit demam malah ape yg sepasang kekasih lakukan turut dirasainya,adakah ini di panggil kwn atau sekadar bff semasa sang cintanya meninggalkan dirinya...

semua pengorbanan yg dilakukan oleh wanita ini sia2...cinta yang diharapkan ke jinjang pelamin musnah sama sekali,bagaikan badai tsunami melanda dirinya....tetapi,aku tabik pada wanita ini apabila dia memberitahuku bahawa dia perlu kembali mendekatkan diri pada Tuhan adalah satu2nya jalan keluar untuk dia melupakan ape yg sedang dia alami....

semoga jalan ketenangan menemuinya,Insya Allah.....

Thursday, January 20, 2011

bos byk songeh....

salam....

alangkah bestnya ari2 adalah cuti...arrrghhh....

knape aku mls menghadapi ari2 bekerja:

1) bos yg suke menyembang,aii...begangnya,blk2 cter sal experience dia tp 30 thn yg lalu,skrg dah zmn millieum,x perlu nk heboh2...

2) sikap bos yg suka mengarah tp blh bertukar arahan dalam ms 5 minit,blh jd biul di buatnya...

3)time masak....aku tau mmg aku x pndai masak,tp yg aku herannya...bos asyik nk complein jer, x pelik ke komen bdk bru nk blajar masak...

4)bekerja tanpa kira masa, alamak mknanya 24 hour aku bekerja...tp gaji still sama...x blh jd....pndai2 la melarikan diri...hehehehe...

5)time meeting,org paling byk dapat nasihat adalah aku...sbb keje x serius...cam ne nk serius klu arahn asyik bertukar....paling begang bler dia nk bndingkn pglman keje dia ngn pglamn keje aku...oii,taik dalam telinga pun leh cair,sbb dah bikin aku panas...

bila aku sengsara,sedih dan kecewa...



Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.
Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Monday, January 17, 2011

nilai sebuah keikhlasan


salam....

pagi yang bingit?yup...sgt2 menyakitkan hati bila org lain buat salah kita juga turut dipersalahkan...then, persoal blk sal keikhlasan...ape semu nie,soal ikhlas atau tak,sume nya antara aku ngn tuhan,x pyh nk ckp..."sy ikhlas buat nie,sy ikhlas buat tu",cam riak la plk...

kat cni aku nk bg skit makna sebuah keikhlasan bg mereka yg x phm mksud ikhlas:

Ikhlas ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

Tingkat-tingkat Ikhlas:

1. Melaksanakan ibadah kerana takut akan azab.
2. Melaksanakan ibadah kerana membesarkan Allah.Kerana merasai
kehebatan Nya. kerana menuruti dan akur akan seruan Nya dan tiada
pula terlintas di hati sesuatu maksud lain.

Lawan pada ikhlas ialah RIAK.

Ertinya: Memperlihatkan amal ibadah supaya mencapai keuntungan dunia, baik bersifat kemanfaatan atau menolak kemelaratan atau supaya dimuliakan dan di hormati

Wednesday, January 12, 2011

tahun baru azam baru....

salam...

tahun baru sahaja bermula,pelbagai azam di tanam demi mengapai cita2...
tapi bagiku setiap kali adanya azam setiap kali tula akan terpesong,knape erk???mybe x mencapai target kut,hehehe....
msj berbunyi....."SELAMAT TAHUN BARU", APE AZAM KO...alamak,taye azam la plk...kali nie aku jwb, "aku x de azam la,just lbh baik igatkan Tuhan,sume qadak n qadar DIA yg uruskn"...berderau yg kena...ade lak yg bls "byk sgt ke dosa ko"...aku jwb blk "nk mati x tggu bler nk bertaubat"...alahai truk lak terkne....huhuhu....

Paling syok yg buat target nk kawin,tu satu kes....nk kawin tp x de keje,plk dah....kawin senang just akad n nikah,tp boleh ke nk layari alam rumahtangga tanpa duit,nie la kes kawin 2 hari bercerai......yg pelik lg,nk kawin tp x de awek,nk mitak aku lak yg carikan,diorg igat aku nie buke club mencari jodoh ke...mcm2 permintaan pelik n pakej yg perlu aku cari, lg senang aku jwb..."aku bukan tuhan,ko mitak la ngn tuhan dia yg menentukan"...dia jwb lg "mber ko yg solo x de ke?"....nk kne btul2 nie....aku jwb blk "bukak FB la ko interview sendiri"...jwpn tepat dan padat..... penat menjawab btul.....

Yang nk berubah nk jd lbh baik pun ade, tp setakat 12/1/2011 nie,x de perubahan pun...makin menjadi ade...bler di taye, dia akan jwb "nk berubah bkn senang,x blh la drastik"....janji tahun baru dah lupe kut....

Walau pape pun azam kte jangan lupa pada YANG ESA, sgala perjalanan dan ketentuan adalah miliknya...kte sebagai hamba hanya mampu berdoa dan bermuhasabahkan diri....